Sunday 18 December 2016

LAPORAN PENUH CTU 555- MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN DAN BERJIMAT CERMAT

PENGENALAN
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara bagi memperoleh pendapatan . Hasil daripada cukai ini digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara.Di dalam tugasan ini, kami akan menerangkan secara terperinci mengenai isu-isu semasa yang melibatkan cukai pendapatan,berjimat – cermat pada ketika ekonomi tidak menentu ini  dan hubungan cukai itu  sendiri dengan langkah berjimat –cermat .
Pertama sekali ,cukai dapat  dibahagikan kepada dua iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung .Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain.Manakala cukai tidak langsung pula merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain.Terdapat pelbagai jenis cukai di Malaysia seperti cukai pendapatan,cukai perniagaan ,cukai harta ,cukai barang dan perkhidmatan (GST)  dan sebagainya.
Kedua, secara umumnya,cukai dipandang sebagai sesuatu yang membebankan rakyat.Kami akan menyediakan isu-isu yang berkaitan tentang pandangan masyarakat terhadap cukai.Sebagai contoh,cukai tidak langsung seperti cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar meningkat.Kesannya,pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut kepada pengguna.
Ketiga,kesan kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran.Hal ini menandakan pengguna ataupun rakyat akan berjimat cermat dan cukai seharusnya dipandang sebagai satu alternatif dan dimanfaatkan untuk ke arah penjimatan.Tugas ini tidak hanya tertumpu kepada rakyat semata-mata tetapi dilakukan bersama oleh pihak kerajaan,Semua ini berlaku apabila wang simpanan berlebihan bagi yang berpendapatan tinggi patut diagih-agihkan kepada rakyat dan negara untuk sama-sama menikmatinya melalui cukai langsung seperti cukai hartanah,perniagaan mahupun pendapatan. Oleh itu,syaratnya tentulah wang didapati dibelanjakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara.


STATISTIK KUTIPAN CUKAI DAN PERBELANJAAN NEGARA DAN RAKYAT  DI MALAYSIA

Melalui kajian yang kami jalankan melalui pembacaan di laman sesawang rasmi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), laman sesawang berita- berita di Malaysia dan blog , kami dapati pendapatan Malaysia yang utama ialah cukai. Hasil cukai juga kekal sebagai sumber utama dengan mewakili 78.6% daripada jumlah hasil kerajaan dengan jangkaan peningkatan marginal 1% pada 2016 kepada RM167.1 bilion, atau 13.6% daripada KDNK, berbanding RM165.4 bilion pada 2015.Megikut statistic daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka sejumlah RM118.5 bilion akan dapat dikutip daripada hasil cukai langsung bagi 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong . Katanya, kutipan cukai langsung yang merangkumi cukai pendapatan individu, syarikat, koperasi, cukai pendapatan petroleum huluan, duti setem dan cukai keuntungan harga tanah oleh LHDN bagi 2015 berjumlah kira-kira RM111.8 bilion. Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata kutipan itu turut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dunia, terutama naik turun harga minyak.
TAHUN
KUTIPAN CUKAI ( RM BILLION )
2010
86
2011
109
2013
129
2014
134
Jadi, benarlah hakikatnya Malayia mempunyai pendapatan yang tinggi terutamanya untuk kutipan cukai. Di sini, kami mengambil data kutipan GST melalui  Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kutipan GST pada 2016 dijangka meningkat dengan mendadak sebanyak 42.5% kepada RM38.5 bilion berbanding RM27 bilion tahun lepas, menggambarkan pelaksanaannya bagi tempoh 12 bulan.Kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi dan penjanaan hasil tambahan daripada langkah yang diumumkan semasa pengubahsuaian Bajet 2016 mampu mengimbangi hasil kerajaan Persekutuan yang dijangka menyusut pada 2016. Hasil kerajaan Persekutuan dijangka menyusut 3% berbanding tahun lepas kepada RM212.6 bilion, dengan jumlah hasil sebagai peratusan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggar pada 17.2%.
Namun, kami dapati Malaysia berada dalam kegawatan ekonomi dengan kejatuhan nilai ringgit dari hari ke hari. Ini dapat dibuktikan melalui graf di bawah yang pada hari ini iaitu 1 Malaysian Ringgit bersamaan 0.23 US Dollar.


Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit (Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan. Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya )  sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013. Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta). Perlu diingatkan, peningkatan belanja mengurus dan penyusutan belanja pembangunan ini berlaku dalam situasi belanjawan negara terus meningkat dari tahun ke tahun. Jika dikaitkan dengan defisit dan hutang, ternyata masalah yang perlu diselesaikan ialah nafsu berbelanja kerajaan. Kerajaan harus mneguruskan perbelaajan secara berhemah kerana cukai diperoleh adalah daripada rakyat sendiri. Rakyat berhak mendapat hak melalui pembangunan infastruktur, peningkatan hospitaliti dan kenaikan gaji.


Seterusnya ,kami ingin fokus kepada perbelanjaan berhemah isi rumah. Perbelanjaan isi rumah di Malayisa boleh dikaitkan dengan gaji yang diperoleh mereka. Melalui gaji yang diperoleh, individu akan mengagihkan gaji tersebut mengikut komitmen dan perbelanjaan rumah. Namun sejauh mana rakyat Malaysia boleh berbelanja secara berhemah dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Menurut kajian,purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia meningkat 5.3 peratus kepada RM2,312 pada 2015 berbanding RM2,193 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata penengah gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia tahun lepas juga meningkat 6.5 peratus setahun kepada RM1,600 berbanding RM1,500 pada 2014. Menurutnya statistik itu adalah hasil Penyiasatan Gaji dan Upah yang dilaksanakan jabatan itu pada setiap tahun melalui pendekatan isi rumah bagi mendapatkan maklumat gaji dan upah bulanan pekerja bergaji di sektor awam dan swasta daripada pekerjaan utama.
Dengan pelaksanaan dan pembayaran cukai juga boleh mengubah perbelanjaan rakyat di Malaysia di mana apabila orang yang bergaji akan bayar cukai namun apabila membeli saham cukai tidak perlu dibayar sedangkan peningkatan aset lebih tinggi dari gaji. Ternyata ada ketidakadilan di situ dalam sistem cukai. Bukan itu sahaja, pelaksanaan GST sudah tentu kemudiannya akan memberi kesan terhadap simpanan tunai dan pegangan aset kewangan lain di kalangan rakyat Malaysia demi menampung perbelanjaan seharian mereka. Sebagai contoh, akibat GST, kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah mungkin terpaksa "menggali jauh" simpanan mereka yang memang asalnya sedikit untuk menampung kenaikan kos keperluan asas kehidupan. Kesimpulannya, yang kaya akan bertambah kaya dan yang semikin akan bertambah miskin.




ISU : Perkaitan Bajet Negara
 dan Cukai pendapatan

      “Bajet 2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah, dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan. Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan “MEMAKMURKAN NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT : SEBUAH JANJI DITEPATI” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama. “
            Berikut adalah bait-bait kata yang diucapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia semasa membentangkan Bajet 2013. Daripada keseluruhan lima fokus utama kerajaan, salah satunya adalah untuk mensejahterakan rakyat. Dalam usaha untuk mencapai fokus yang kelima ini, kerajaan telah melakukan kajian semula terhadap cukai pendapatan individu dengan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan 2 rebat cukai. Hasilnya, hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai pendapatan ini berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang. Dalam proses peralihan daripada sistem cukai sedia ada yang berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih adil dan saksama, kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000 ringgit. Langkah ini akan mengeluarkan seramai 170 ribu pembayar cukai daripada membayar cukai serta pembayar cukai sedia ada juga bakal menikmati penjimatan dalam pembayaran cukai.
            Mengikut perangkaan yang dikeluarkan dalam buku berjudul Bajet 2013, hasil pendapatan negara yang datangnya daripada cukai pendapatan sahaja berjumlah RM115,845 juta mewakili 46.4% daripada keseluruhan hasil percukaian negara yang berjumlah RM249,667 juta. Hal ini menunjukkan bahawa kutipan daripada cukai pendapatan ini merupakan antara sumber utama pendapatan negara. Hal ini seterusnya menjadikan tanggungjawab pemerintah semakin besar khususnya dalam mewujudkan keadilan sosial dalam kutipan dan pengagihan cukai pendapatan ini.
Perlu adanya satu perkaitan langsung di antara percukaian ini dengan keadilan sosial agar agihan pendapatan negara dapat diseimbangkan secara adil terhadap semua kaum dan kemiskinan dapat dikurangkan.
Namun, terlalu jauh kiranya untuk kita menjelaskan perkaitan di antara cukai pendapatan dengan hubungan etnik di Malaysia. Tetapi, sekiranya kita melihat kepada pihak yang terlibat di dalam pertalian ataupun perkaitan ini ataupun dalam erti kata lain, persamaan yang wujud di sebalik perbincangan ini. Cukai pendapatan pada dasarnya melibatkan hampir setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama mahupun kaum. Buktinya di sini, setiap rakyat Malaysia perlu bekerja untuk meraih pendapatan dan seterusnya membayar cukai pendapatan. Itu yang pertama. Yang kedua ialah, kita melihat kepada tujuan utama percukaian ini dan kesannya kepada masyarakat yang berbilang kaum. Pembayaran cukai dibuat adalah untuk keperluan pihak kerajaan dalam usaha menyediakan infrastruktur mahupun kemudahan awam kepada rakyat Malaysia amnya. Penggunaan kemudahan-kemudahan ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja dan merupakan hasil daripada pembayaran cukai yang dibuat oleh setiap lapisan kaum masyarakat.
           
Berbalik kepada perkaitan di antara cukai pendapatan dengan hubungan etnik di Malaysia adalah melalui dua cara iaitu secara terus mahupun tidak. Hubungan antara etnik terbentuk secara terus melalui cukai pendapatan ini apabila wujudnya pemahaman bahawa setiap daripada kita menyumbang kepada pembangunan dan juga kemajuan negara. Sekiranya kita memperkecilkan lagi skop perbincangan ini, sebagai contoh, pembayaran cukai pendapatan yang dibuat digunakan untuk membina sekolah mahupun pusat-pusat pendidikan. Maka, secara amnya telah wujud usaha sama di antara masyarakat Malaysia. Dan sekiranya setiap rakyat Malaysia mengetahui akan hakikat bahawa mereka membantu dan dibantu oleh pihak yang berlainan latar belakangnya dan agamanya, maka akan wujudnya perpaduan di dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri.

Rasional di sebalik cukai pendapatan ini terhadap hubungan kaum di Malaysia sangat jelas. Jurang pendapatan antara kaum yang semakin melebar dari hari ke hari adalah bukti kukuh kepada perlunya suatu alternatif dalam usaha untuk merapatkan jurang ini. Jika tidak dibendung, maka yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus kedana. Justeru itu, golongan kaya seharusnya mempunyai  kewajipan moral untuk membantu sesama insan yang tidak bernasib baik. Sekiranya jurang pendapatan ini tidak dibendung daripada terus melebar, maka tidak mustahil suatu hari nanti, peristiwa 13 Mei akan berulang kembali. Bertitik tolak daripada peristiwa hitam itulah, semua pihak perlulah berfikiran matang, bersikap rasional dan bertolak-ansur  dalam mendepani masalah yang semakin mencabar ini. Maka kesimpulannya, cukai pendapatan yang dikenakan kepada yang berkemampuan dilihat sebagai suatu alternatif dalam mengimbangi jurang pendapatan di antara kaum di Malaysia. Dalam erti kata lain, setiap kaum memainkan peranan dalam membantu kaum yang lain. Hal ini kerana, setiap kaum memiliki golongan yang kaya dan juga golongan yang kurang berkemampuan.
Akhir kata, cukai pendapatan ini adalah antara mekanisme yang secara tidak langsungnya menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Penyatuan inilah yang amat diperlukan dalam menjamin masa depan negara. Namun yang demikian, pihak berwajib perlu sentiasa mengkaji dan menyelidik agar setiap gagasan mahupun sistem yang diperkenal tidaklah membebankan masyarakat kebanyakan yang majoritinya kurang berkemampuan. Teladanilah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Umar Al-Khattab yang berbunyi “ sekiranya rakyat dalam kesusahan, maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasainya, sekiranya rakyat dalam kesenangan, maka aku ingin menjadi orang yang terakhir menikmatinya.

 ISU : PENINGKATAN KOS HIDUP
MEMAKSA RAKYAT BERHUTANG

Peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah yang masih rendah memaksa sesetengah rakyat Malaysia berhutang, kata seorang pakar ekonomi hari ini. Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata selain itu mereka juga terpaksa berhutang untuk membeli keperluan hidup yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan, rumah dan kelengkapan lain.Bagaimanapun, beliau berkata terdapat juga dalam kalangan rakyat yang terpaksa berhutang kerana gemar berbelanja melebihi pendapatan. Prof Barjoyai berkata walaupun hutang akan meningkatkan kuasa beli rakyat seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara, namun dalam jangka masa panjang ia memberi kesan negatif kepada rakyat.

"Hutang terkumpul akan menyebabkan satu masa nanti generasi tidak mampu membayar hutang mereka. "Ini kerana komitmen terhadap hutang tanpa disedari mereka telah membelanjakan pendapatan mereka 15 hingga 20 tahun akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama.

            Sebelum ini Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata pada masa ini paras hutang isi rumah negara adalah 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), antara yang tertinggi di Asia. Prof Barjoyai mendedahkan dengan keadaan ekonomi kini, isi rumah negara ini perlu berpendapatan minimum RM6,000 hingga RM7,000 sebulan untuk hidup selesa dan boleh mengharungi peningkatan kos hidup yang sedang berlaku serta kurang berhutang. Katanya, dengan keadaan rakyat yang 80 peratus masih berpendapatan di bawah jumlah berkenaan, adalah mustahil mereka tidak terjebak ke dalam kancah hutang, dan agak sukar untuk mereka membuat simpanan.

"Kita berharap kerajaan terus komited dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia ke paras sepatutnya seiring dengan sasaran kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi," katanya.



ISU : KAJI SELIDIK MANULIFE MEMBUKTIKAN PERATUSAN RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG UNTUK HIDUP

Melalui kajian selidik ini, 68 peratus daripada rakyat Malaysia berhutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia, dan lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33 peratus. Kaji selidik Indeks Sentimen Pelabur Manulife itu adalah berasaskan 500 temu bual di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Dalam satu kenyataan, Manulife berkata, purata hutang rakyat Malaysia ialah sebanyak RM56,000 iaitu hampir 10 kali purata pendapatan peribadi bulanan, sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan hidup harian (60 peratus), dengan bayaran sewa (44 peratus) dan pendidikan anak-anak (37 peratus). "Kebanyakan hutang itu adalah jangka panjang, dengan satu perempat daripada mereka yang berhutang tidak dapat membayarnya selama tiga tahun atau lebih.

"Paras hutang yang tinggi mencerminkan pengurusan kewangan yang lemah, dan gagal mengurus aliran tunai dengan berkesan," katanya. Sejumlah 89 peratus daripada responden Malaysia yang dikaji selidik memantau perbelanjaan mereka secara tetap, 44 peratus membelanjakan 70 peratus atau lebih daripada bulanan pendapatan bulanan mereka setiap bulan, yang menunjukkan mereka tidak memantau perbelanjaan untuk berjimat.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Holdings Group Bhd, Mark O 'Dell, berkata pelabur perlu mengurus kewangan mereka dan mengesan perbelanjaan bagi menghalang mereka daripada menanggung hutang yang terlalu banyak, terutama ketika pasaran kewangan tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan "Tanpa pengurusan hutang yang berkesan, rakyat Malaysia kurang cenderung untuk mencapai matlamat simpanan jangka panjang, yang boleh menjejaskan jaminan kewangan masa depan mereka," katanya. – SUMBER BERNAMA


ISU : LUAHAN HATI RAKYAT MALAYSIA

Azlan Naif, 27, berkata pendapatan bulanan yang tidak mencukupi menyebabkan mereka cenderung untuk berhutang bagi memiliki keperluan termasuk hutang kad kredit. Katanya, faktor peningkatan harga barang, beban hutang pendidikan dan kos perumahan yang tinggi mendorong hutang isi rumah melonjak tinggi setiap tahun. "Gaji bulanan sahaja tidak mencukupi, saya sendiri mempunyai kerja sampingan lain. Malah bagi mereka yang bercadang untuk memulakan kehidupan berkeluarga, kos sara hidup yang tinggi juga menjadi faktor utama yang perlu mereka ambil kira," katanya. Azlan berkata satu inisiatif baru diperlukan bagi mengawal kadar faedah pinjaman yang dikenakan kepada golongan muda yang baru bekerja.  

            Puteri Nur Anisa, 26, berkata hutang yang serius boleh membuka kepada permasalahan yang lebih besar seperti membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen dan masalah muflis. Katanya, keperluan untuk membayar hutang yang banyak memaksa generasi muda menghabiskan pendapatan mereka ke arah itu. "Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah hutang yang besar, namun terdapat banyak golongan muda di luar sana yang sudah mula terjebak dengan skim pelaburan cepat kaya berikutan tekanan kewangan," kata pekerja di sektor swasta itu.

ISU : PERBELANJAAN BERHEMAH BOLEH MENCAPAI WAWASAN 2020 –DR MAHATHIR
Malaysia masih mampu mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju jika kerajaan  bersedia mengurangkan dan berhemah dalam perbelanjaannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kerajaan perlu segera mengenal pasti dan menghentikan projek dan peruntukan tidak perlu dan memberi keutamaan kepada projek yang penting sahaja."Saya mencadangkan (kerajaan) agar lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Kerajaan perlu meneliti sama ada apa yang ia belanjakan sekarang adalah perlu ”katanya.

            Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan memotong perbelanjaan operasi sebanyak RM5.5 bilion kepada RM217.94 bilion. Jumlah itu bagaimanapun, tidak termasuk sebarang perbelanjaan tambahan. Katanya kerajaan telah membuat perancangan, dan dengan strategi yang betul dan kerja keras, negara masih mampu mencapai status negara maju. Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata dengan peruntukan yang kurang akibat kejatuhan harga minyak global, adalah penting bagi kerajaan untuk memotong perbelanjaan tidak perlu.
 "Projek-projek perlu dikenal pasti dan potong sahaja peruntukannya. Kita tahu yang kita tidak ada banyak wang, jadi kita mesti cari cara untuk kurang berbelanja. Apabila kita kaya, kita buat macam orang kaya, dan apabila kita miskin, kita perlu buat macam orang miskin," katanya.
Natijahnya, perbelanjaan berhemah amat penting untuk dipraktikkan oleh semua pihak. Bukan sahaja kerajaan malah rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai wawasan 2020.


SOLUSI

 Pertama, melaksanakan kerangka pengurusan ekonomi secara Islam seperti yang telah digerakkan oleh Nabi Yusoff AS ketika beliau menjadi menteri kewangan Mesir suatu masa dahulu. Langkah ini boleh diambil untuk digunapakai oleh para pemimpin kita untuk mencorak sistem ekonomi negara. Ekonomi adalah suatu ilmu mengurus sumber yang kita perolehi. Lihat bagaimana Nabi Yusof AS melaksanakan simpanan hasil pengeluaran negara di saat negara kaya raya sebagai langkah berjaga-jaga di saat susah. Sesungguhnya ini ialah satu langkah jangka panjang. Kebijaksanaan ini adalah formula dan rahsia pengurusan ekonomi yang cemerlang dari dahulu sehinggalah masa-masa mendatang. Ciri-ciri ekonomi cara Islam juga harus dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang dirumuskan oleh Prof Dr Yusof al Qaradawi dalam penulisannya sebagai berikut: [1] Ekonomi Rabbani (ketuhanan), [2] Ekonomi Akhlaqi (akhlak), [3] Ekonomi Insani (kemanusiaan), [4] Ekonomi Wasatiyah (seimbang). Ciri khusus ini membezakan ekonomi Islam dengan aliran ekonomi yang lain. Aliran ekonomi yang lain bermatlamatkan keuntungan dan kebendaan semata-mata tetapi ekonomi Islam adalah menggapai keredhaan Allah SWT. Ini bezanya; antara redha manusia dengan redha Tuhan kepada manusia. Dalam hal ini semua pihak seharusnya merancang keadaan ekonomi masing-masing termasuk individu, organisasi juga negara.

Kedua, mengubah gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaaan semasa. Hal ini berkait rapat dengan sikap kita semua dalam menentukan gaya hidup yang sederhana dan berada di bawah pendapatan kita sendiri. Perkara ini harus meliputi semua pihak termasuk kerajaan, para pemimpin dan rakyat jelata. Mengubah gaya hidup sangat berkait rapat dengan mengubah kadar perbelanjaan kita yang sejajar dengan kemampuan dan keperluan hidup. Asas ini harus dicernakan oleh pihak kerajaan dalam mengemudi pengurusan tertinggi negara bermula daripada aspek-aspek penjanaan ekonomi sehingga kepada pengurusan aset kerajaan dalam premis kerajaan yang sedia ada. Tidak boleh ada ketirisan mahupun salahguna ataupun pengecualian khas. Ketelusan mestilah dijaga jika mahukan dokongan daripada rakyat.
Begitu juga dengan rakyat jelata, gaya hidup serba sederhana sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri. Disiplinkan diri untuk tidak berbelanja melainkan perlu. Lihatlah jenama pakaian, rumah tempat tinggal, aksesori kenderaan kita sehingga kemewahan makanan harian kita. Tepuk dada, tanyalah diri. Contoh yang mudah, jika dahulu kita sentiasa mengunjungi kedai makan, kini cubalah beralih untuk memasak di rumah pula. Pasti jimat. Ajar anak-anak kita erti penjimatan dan kesusahan hidup. Selain itu, boleh juga membawa bekal makanan ke pejabat atau sekolah. Di samping itu, kita mesti mengawal diri daripada terperangkap dengan bebanan hutang yang mungkin tidak terbayar sekiranya kita kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi. Langkah-langkah awal perlu bermula daripada sekarang. Dengan kesedaran sekarang bahawa ekonomi Malaysia akan mengharungi saat-saat getir, elakkan diri daripada berhutang selain daripada hutang sediada yang sedang dibayar balik. Kelicikan para pengiklan produk dan perkhidmatan amat mengelabui mata para pengguna hinggakan kita jatuh menjadi mangsa bilamana membeli benda yang kita tidak perlu. Contohnya dalam kemelut ekonomi sekarang, pemaju-pemaju perumahan yang mendapat segala insentif lumayan daripada pihak kerajaan rakus membina rumah-rumah, apartmen, kondominium dan rumah kedai, serta mengiklankannya seolah-olah harga jualan itu amat berpatutan. Over-building ataupun pemajuan hartanah ini dijadikan alat pencetus ekonomi dengan sistem perbankan menjadi pendana terbesar penjanaan kecairan kewangan dalam pasaran konsumer.
Pembalutan seni pemasaran mereka yang menarik membuat pengguna tertipu dengan membeli rumah yang pada zahirkan hanya bernilai RM300, 000 pada kadar harga jualan pemaju RM900,000 dengan insentif diskaun 7% untuk bumiputera. Artificial inflated pricing atau harga tidak manasabah berlipat ganda ini seolah-olah tiada siapa yang boleh menghalangnya daripada berlaku, kadangkala dikaitkan dengan gahnya nama syarikat pemaju berkenaan, kadang-kadang kerana lokasi perumahan yang agak elit ataupun pra-sarana awam sokongan perumahan yang kononnya lebih anggun daripada yang lain. Pembeli membiarkan diri mereka tertipu dengan gula-gulaan konsultan saikologis hartanah dan pakar pemasaran. Pembeli juga harus dipersalahkan dalam hal ini kerana sanggup masuk jerat yang dipasang. Rumah yang didiami sekarang pun belum habis bayar namun pemaju berjaya memujuk kita membeli rumah baru yang diinflasikan tiga kali ganda dengan janji manis bahawa pelaburan kita itu bakal mengundang pembeli baru enam bulan ke depan dengan harga tidak kurang RM1.3 juta. Spekulasi apakah ini yang menjerat umat manusia daripada berpijak di bumi nyata? Halalkah perniagaan spekulatif sebegini? Apa akan terjadi sekiranya ekonomi merudum – rumah RM900, 000 tidak laku atau terpaksa dilelong? Yang sah mereka yang akan membeli rumah sedemikian bukanlah orang kampung yang serba dhaif tetapi golongan terpelajar dan elit yang sudahpun selesa dengan kemewahan yang dialami sekarang. Mereka membeli di ketika ekonomi masih utuh dan berharap dapat melakukan quick kill dengan menjual hartanah tersebut pada kadar yang lebih tinggi dalam jangkamasa yang paling singkat. Mereka mengambil pinjaman yang banyak, kadang-kadang sehingga 90% pada harga jualan, untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi kaya. Bayangkanlah jika mereka ini dibuang kerja atau perniagaan terpaksa gulung tikar, apakah pihak kerajaan akan sekali lagi bail out hutang tidak berbayar golongan ini dengan menyelamatkan pemaju-pemaju dan bank-bank pemberi pinjaman tadi? Dari mana kerajaan akan mencedok wang sebanyak itu? Kerakusan dan ketamakan hati sering memakan diri manusia. Persediaan mengalami saat-saat getir ini kena bermula daripada sekarang. Kita tidak boleh menunggu sehingga ia tiba di depan kita kerana kita akan terlambat dengan lambakan hutang sendiri yang akan menjerat leher-leher kita.
Ketiga, mengamalkan amalan berjimat cermat. Mencegah lebih baik daripada merawat. Formula ini sebenarnya sangat-sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan contoh tauladan umat manusia. Ia sangat selari dengan tuntutan Islam itu sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan".
( Surah Al- A'raaf 7 : 31)
Sifat boros adalah sifat yang bertentangan dengan ruh Islam. Ia sangat disukai oleh musuh Allah dan musuh umat Islam iaitu syaitan. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau belanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya".
( Surah Al-Israa' 17 : 26 – 27)



Keempat, berbelanja secara beretika, berhemat dan bijaksana. Dalam hal ini, Prof Dr Yusof Al-Qaradawi memberikan panduan yang jelas kepada kita secara umum dalam berbelanja dalam kitabnya Daur al-Qiyam Wa al-Akhlak Fi al-Iqtisad al-Islami :
[1] Berbelanja untuk perkara yang halal secara seimbang.
[2] Menyedekahkan (infaq) kepada ahli keluarga dan jalan Allah SWT.
Elemen secara bersih, halal dan seimbang menjadi asas utama etika berbelanja dalam Islam di samping sentiasa memikirkan mengeluarkan zakat dan infaq untuk insan-insan yang memerlukan. Indahnya Islam dalam mengurus sumber hasilan dan kewangan ini tentunya akan menjadi dunia ini aman makmur sekiranya ia dilaksanakan secara amanah dan jujur, jauh daripada sifat rakus, tamak dan kikir seperti zahirnya dalam sistem ekonomi sekarang.
Konklusi – Urus Ekonomi Secara Ruh Islam
Jelas kepada kita bahawa kenaikan harga melibatkan keperluan asas ini akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ini akan menjejaskan taraf hidup rakyat jelata dan sudah pasti akan memberi kesan kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Apa guna mencapai taraf negara maju jika rakyatnya hidup sengsara dengan segala kemiskinan dan kesempitan.
Hasil laporan Jabatan Audit Negara saban tahun memberikan gambaran ketirisan, kebocoran, salahlaku dan juga pembaziran dalam pengurusan sumber kewangan negara yang seharusnya ditangani dengan sebaik cara. Solusi yang terbaik adalah kembali kepada amalan pengurusan ekonomi secara ruh Islam dan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap lapisan masyarakat, tidak kira pemimpin ataupun rakyat harus terlebih dahulu takut kepada ketentuan dan kemampuan Allah SWT mencorakkan untung nasib kita untuk kita selamat di dunia dan akhirat.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita semua sebagai rakyat  tidak akan dapat lari darinya. Berdasarkan kajian kami , khalifah-khalifah ulung Islam seperti Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib dan Umar ibn ‘Abd al-Aziz, telah dilaporkan memberi tekanan bahawa cukai-cukai yang dikenakan oleh negara hendaklah berasaskan semangat yang menjurus kepada keadilan dan memupuk masyarakat penyayang semoga kadar cukai tidak membebankan rakyat dan tidak diluar kemampuan rakyat membayar.
Sistem percukaian mengikut Islam dengan itu perlu kepada satu pengkajian yang teliti dan rapi menepati prinsip-prinsip di atas. Falsafah sistem percukaian hendaklah menepati semangat mempertahan hak dan kebebasan individu dan disertai dengan usaha memupuk perasaan dan peranan tanggungjawab ke atas golongan masyarakat yang berada.Tambahan kepada pendapatan tersebut boleh digunakan bagi tujuan pembangunan dan juga kebajikan rakyat. Antara kebajikan yang boleh ditingkatkan mutunya termasuk pendidikan sekolah, kemudahan bagi orang kurang upaya, pengangkutan awam dan sebagainya.

Walau begitu, ada pihak skeptikal mendakwa rakyat bakal menanggung beban kerana cukai pendapatan dikenakan ke atas mereka. Persepsi itu tidak benar kerana beban cukai yang dibayar oleh golongan berpendapatan rendah akan dimanfaatkan sepenuhmya oleh golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan beban ditanggungoleh mereka.Apa yang lebih penting ialah rakyat perlu memahami konsep berhemat di dalam berbelanja.Ini termasuklah kefahaman pentingnya berbelanja mengikut kemampuan. Melalui perancangan perbelanjaan yang bijak, rakyat tidak terbeban dengan cukai. Oleh itu, membayar cukai pendapatan secara tidak langsung melatih disiplin pengguna dalam berbelanja.

LAMPIRAN








RUJUKAN

3.      http://documents.tips/documents/bab-9-percukaian-di-malaysia.html
4.      BAJET2013, Kementerian Kewangan Malaysia
5.      Malaysiakini, ‘Pendapatan orang kaya dan miskin terus melebar’.
6.      http://www.haluan.org.my/v5/kolumnis/bicara-presiden/1976-mencari-solusi-menangani-peningkatan-kos-sara-hidup



Wednesday 16 November 2016

Kerja Rumah Mingguan


_________________________________________________________________________________

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan pengagihan kekayaan secara adil kepada semua rakyat.

                Ketidakseimbangan ekonomi terus wujud walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Jurang kekayaan antara setiap kaum di Malaysia semakin menebal dan semakin membimbang. Namun begitu, pihak kerajaan telah berusaha sebaik mungkin agar pengagihan kekayaan negara diberi secara adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan juga keturunan.
                Adalah amat penting bagi sesebuah kerajaan mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama. Ini adalah kerana kekayaan tidak seharusnya dikuasai oleh satu etnik sahaja, sehinggakan ada etnik yang tercicir kebelakangan. Kesan daripada kegagalan dalam agihan kekayaan yang adil boleh menjejaskan kestabilan masyarakat yang akhirnya membantutkan usaha-usaha pembangunan negara ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
                Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya ialah dengan memperkenalkan  Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan DEB ini diperkenalkan ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu, dasar ini juga turut melibatkan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
                Selain itu, pihak kerajaan turut meluaskan peluang gologan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan produktif. Mengikut statistik, ketidakseimbangan turut berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam aspek kemiskinan. Kadar kemiskinan melibatkan kaum Melayu lebih tinggi jika hendak disbandingkan dengan kadar kemiskinan bagi kaum-kaum lain. Oleh itu peluasan peluang golongan miskin untuk bergiat dalam bidang perindustrian dilihat mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil. Ini melibatkan pemberian gaji, peluang mendapatkan pinjaman dan bantuan-bantuan lain.
                Akhir sekali, pihak berwajib juga turut memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas seperti bekalan air, dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan-kegiatan masyarakat. Pemodenan kawasan luar bandar dilihat sebagai kaedah dalam pengagihan kekayaan negara secara adil kerana setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan air bersih, elektrik bahkan peluang mendapatkan pendidikan secara sama rata dan adil. Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pemodenan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja sehingga mengabaikan kawasan luar bandar. Mengikut populasi, kawasan luar bandar dimonopoli oleh kaum Melayu diikuti kaum India, kaum Cina dan lain-lain. Hal ini mewujudkan ketidaksamarataan dalam mengagihkan kekayaan negara. Kekayaan negara kerap digunakan terhadap memajukan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina. Oleh itu, usaha ini dilihat sebagai usaha yang baik dalam meengagihkan kekayaan negara secara adil.



Ciri-ciri politik yang stabil
                Budaya berpolitik bukanlah budaya yang dilarang di dalam Islam. Namun, kehidupan berpolitik perlulah diselarikan dengan piawaian syariat Islam. Budaya berpolitik mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteran kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.
                Antara ciri-ciri politik yang stabil boleh dilihat dari segi pemikiran yang berpandukan kepada data yang benar dan tepat.  Hal ini penting bagi mewujudkan suasana politik negara Malaysia agar sentiasa stabil. Data yang benar dan tepat ini penting khususnya bagi rakyat untuk membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini. Oleh itu, amat penting untuk imej bidang kehakiman negara dipelihara agar tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana ianya boleh meyebabkan pencanggahan antara fakta dan kebenaran dengan penipuan.

                Yang seterusnya ialah merujuk kepada natijah dan matlamat parti-parti politik yang wujud di negara ini. Matlamat kewujudan parti-parti politik bukanlah atas dasar peribadi sebaliknya sebagai medan untuk membawa suara rakyat dan kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.