Wednesday 16 November 2016

Kerja Rumah Mingguan


_________________________________________________________________________________

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan pengagihan kekayaan secara adil kepada semua rakyat.

                Ketidakseimbangan ekonomi terus wujud walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Jurang kekayaan antara setiap kaum di Malaysia semakin menebal dan semakin membimbang. Namun begitu, pihak kerajaan telah berusaha sebaik mungkin agar pengagihan kekayaan negara diberi secara adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan juga keturunan.
                Adalah amat penting bagi sesebuah kerajaan mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama. Ini adalah kerana kekayaan tidak seharusnya dikuasai oleh satu etnik sahaja, sehinggakan ada etnik yang tercicir kebelakangan. Kesan daripada kegagalan dalam agihan kekayaan yang adil boleh menjejaskan kestabilan masyarakat yang akhirnya membantutkan usaha-usaha pembangunan negara ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
                Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya ialah dengan memperkenalkan  Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan DEB ini diperkenalkan ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu, dasar ini juga turut melibatkan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
                Selain itu, pihak kerajaan turut meluaskan peluang gologan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan produktif. Mengikut statistik, ketidakseimbangan turut berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam aspek kemiskinan. Kadar kemiskinan melibatkan kaum Melayu lebih tinggi jika hendak disbandingkan dengan kadar kemiskinan bagi kaum-kaum lain. Oleh itu peluasan peluang golongan miskin untuk bergiat dalam bidang perindustrian dilihat mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil. Ini melibatkan pemberian gaji, peluang mendapatkan pinjaman dan bantuan-bantuan lain.
                Akhir sekali, pihak berwajib juga turut memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas seperti bekalan air, dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan-kegiatan masyarakat. Pemodenan kawasan luar bandar dilihat sebagai kaedah dalam pengagihan kekayaan negara secara adil kerana setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan air bersih, elektrik bahkan peluang mendapatkan pendidikan secara sama rata dan adil. Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pemodenan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja sehingga mengabaikan kawasan luar bandar. Mengikut populasi, kawasan luar bandar dimonopoli oleh kaum Melayu diikuti kaum India, kaum Cina dan lain-lain. Hal ini mewujudkan ketidaksamarataan dalam mengagihkan kekayaan negara. Kekayaan negara kerap digunakan terhadap memajukan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina. Oleh itu, usaha ini dilihat sebagai usaha yang baik dalam meengagihkan kekayaan negara secara adil.



Ciri-ciri politik yang stabil
                Budaya berpolitik bukanlah budaya yang dilarang di dalam Islam. Namun, kehidupan berpolitik perlulah diselarikan dengan piawaian syariat Islam. Budaya berpolitik mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteran kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.
                Antara ciri-ciri politik yang stabil boleh dilihat dari segi pemikiran yang berpandukan kepada data yang benar dan tepat.  Hal ini penting bagi mewujudkan suasana politik negara Malaysia agar sentiasa stabil. Data yang benar dan tepat ini penting khususnya bagi rakyat untuk membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini. Oleh itu, amat penting untuk imej bidang kehakiman negara dipelihara agar tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana ianya boleh meyebabkan pencanggahan antara fakta dan kebenaran dengan penipuan.

                Yang seterusnya ialah merujuk kepada natijah dan matlamat parti-parti politik yang wujud di negara ini. Matlamat kewujudan parti-parti politik bukanlah atas dasar peribadi sebaliknya sebagai medan untuk membawa suara rakyat dan kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Wednesday 9 November 2016

Refleksi Diri -Minggu Kesembilan (9/11/2016)

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamuaaikum wbt. ,

Pada hari ini saya dapat belajar mengenai peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik.Pertama sekali,rakyat Malaysia hendaklah mengambil bahagian dalam pilihan raya .Mengundi adalah hak setiap rakyat yang layak dalam memilih pemimpin negara yang beribawa.Setiap warganegara Malaysia diwajibkan untuk daftar mengundi apabila telah memenuhi tangjawab mereke sebagai rakyat Malaysia.Kedua,tidak memburukkan mana-mana parti politik.Sekiranya ini berlaku,rakyat yang menyokong parti politik yang berlainanakan bertelagah dan menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum di Malaysia sekali gus melemahkan sistem politik negara.

Oleh itu,saya berazam agar sentiasa berwaspada dalam memberikan pandangan mengenai haluan parti-parti tanpa mengira sentiviti sesetengah pihak.Akhir sekali,saya berzam untuk tidak mempersia-siakan peluang untuk memilih pemimpin saya yang diharapakn dapat membawa Malaysia ke arah kecemerlangan.Sekian
_______________________________________________________________________________

NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya pelajari hari ini ialah mengenai keburukan dan kebaikan ada nya parti pembangkang dan parti kerajaan. Ternyata kedua2nya ditubuhkan dengan niat dan cara yang baik, dan ini telah mengubah persepsi saya terhadap politik di negara saya. Akan tetapi terlalu banyak parti juga akan memberi keburukan kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. 

Sebagai rakyat Malaysia kita semua diberi amanah untuk memilih siapakah pemerintah kita. Jadi saya berharap agar kita semua dapat membuat keputusan yang terbaik demi negara dan keturunan kita yang akan dtang.
________________________________________________________________________________

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, saya berpeluang untuk mempelajari mengenai situasi politik secara lebih mendalam. Dalam isu ini, saya mendapati bahawa perlu rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat. Hal ini kerana pemimpin memegang amanah yang besar untuk kesinambungan hidup rakyat dan negara pada masa akan datang. Bukan pemimpin sahaja, kita juga, sebagai rakyat memikul amanah yang sama, iaitu dalam memilih pemimpin negara. Oleh itu, saya berjanji akan memikul amanah ini sebaik mungkin. 

_________________________________________________________________________________


MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu berkenaan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah satu contoh institusi pendidikan yang ditubuhkan mengikut peruntukan artikel 153 bagi membantu orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.


Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa rasa bersyukur atas kemudahan serta kelengkapan yang diberi dan menjadikannya sebagai motivasi untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

_________________________________________________________________________

MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-politik. politik itu sebenarnya adalah sistem/corak pemerintahan sesuatu organisasi. kefahaman saya sebelum ini politik itu adalah sekadar pilihanraya, berkempen propaganda dan sebagainya.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK

-mengubah persepsi mengenai politik dan adalah perlu untuk semua rakyat Malaysia punyai sedikit ilmu akan politik supaya tidak salah memilih pemimpin negara.

Thursday 3 November 2016

Refleksi Diri-Minggu Kelapan (1/11/2016)



MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah pembangunan sesuatu masyarakat mahupun negara perlulah merangkumi aspek rohani dan juga fizikal. Segala sistem serta dasar baharu itu bagus dan tidak salah untuk diimplementasikan, tetapi setiap individu itu hendaklah terlebih dahulu diberi pendidikan yang bersifat holistik untuk memahami perkara yang ingin dicapai pada masa hadapan. Hal ini kerana apabila manusia itu sudah mendapat didikan yang mencukupi, segala pembaharuan yang dicanang oleh pemimpin dapat dilakukan dengan teratur sekaligus memberi impak positif kepada rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat. 


Maka dengan itu saya berazam untuk lebih menerapkan dan menekankan unsur rohani dalam diri saya terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pembaharuan ke arah yang lebih baik.  
_______________________________________________________________________________

NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya pelajari hari ini ialah:
Ustazah telah membuka minda saya, mengenai negara saya, Malaysia. Malaysia sebenarnya mempunyai pemerintahan yang hebat. Namun, mungkin perlaksanaan terhadap pemerintahan tersebut kurang tepat. Hal ini dapat dibuktikan melalui dasar2 yang dilakukan oleh kerajaan kita. Namun dasar yang hebat tidak mampu melahirkan negara yang hebat sekiranya rakyat tidak memainkan peranan.

Justeru saya berazam untuk tidak menunding jari 100% kepada pihak kerajaan dengan apa yang berlaku sekarang.. In order to have great country, we need great people and great pemerintah.... Semoga Malaysia diberikan pemimpin yang lebih amanah dan lebih bertanggungjawab...
_________________________________________________________________________________

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikum,perkara baru yang saya belajar  pada hari ini adalah mengenai jenis-jenis hukum yang terdapat dalam syariah Islam.Pertama sekali adalah mengenai QISAS DAN DIYAT dimana pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah.Hukum ini tergolong kepada HAK MANUSIA dimana,kesalahan yang dilakukan menuntut supaya hak manusia yang dianaiya itu terbela.Kedua,HUDUD- iaitu hukuman yang tidak boleh dipinda kerana telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah.Hukum ialah HAK ALLAH  SWT dimana ,kesalahan yang dilakukan adalah kerana tergolong didalam dosa-dosa besar.Ketiga,hukum TA'ZIR iaitu  hukuman yang tertakluk kepada budi bicara permerintah,badan perundangan ataupun hakim mahkahmah.

Sehubungan dengan itu,saya berazam untuk mendalami lagi kefahaman mengenai hukum-hukum Allah SWT ini supaya tidak timbul perasaan prasangka mahupun prejudis.Saya juga berazam untuk cuba menerangkan kepada pihak yang masih lagi kabur mengenai semua ini apabila sudah mempunyai pengetahuan yang cukup.

Sekian,wallahualam.
________________________________________________________________________________

SITI RABAAH ZULKARNAIN


1/11/2016

PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI

1.       Hukum2 islam yang telah ditetapkan dalam islam, dan hudud nerupakan hak Allah dalam menjatuhkan hokum
2.       Perlembagaan Malaysia sememangnya sudah islamik tetapi munkin pelaksananya yang tidak mempraktikan secara islam.
3.       Islam tidak menerima sepenuhnya evolusi iaitu suatu yang baik mesti bertambah baik.
4.       Seseungguhnya kita berada di zaman yang kebaikan itu semakin terhakis hari ke hari.

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM

1.       Jadilah seorang pelaksna yang baik kerana ia akan memberi pandangan y pisitif terhadap sesuatu benda
2.       Islam tidak rugi tanpa kita, tapi kitalah rugi tanpa islam.
3.       Ambilalh perubahan yang direncana barat dari sudut yang sederhana bukanlah berlebih2.
_________________________________________________________________________________

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai perudangan di Malaysia dan Perundangan menurut Islam. Kami turut membahaskan mengenai RUU355 kerana ianya berkaitan dengan Perudangan di Malaysia. Kami mempelajari mengenai hukuman-hukuman yang terdapat di dalam Islam, sebagai contoh, hudud, qisas, diyat dan lain-lain. Secara keseluruhannya saya mendapati bahawa pada hari ini saya telah memdalami banyak perkara. Justeru itu, saya berazam untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu dari semasa ke semasa. Selain itu, saya juga berharap agar undang-undang Islam pada suatu hari nanti akan tertegak di negara ini. In shaa Allah
_________________________________________________________________________________

MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
-tidak hadir