Sunday 30 October 2016

Kerja Rumah Mingguan

1   Mengapakah Malaysia merdeka awal setahun dari tarikh yang sebenar?

      Hal ini kerana, ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.


   Apakah polemik yang timbul mengenai RUU 355?

Keranda 152

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya.

Buku Keranda 152, Bahasa kita, Air Mata & Maruah Kita, merupakan buku yang diterbitkan semula oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 2002. Buku asalnya berupa himpunan tulisan berbentuk stensilan pada tahun 1968. Ianya berupa cetusan hati untuk memperingati ulang tahun peristiwa penentangan terhadap Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967). Buku ini menceritakan detik-detik peristiwa penentangan yang berlaku pada3Mac,1967diBalaiBudaya,DewanBahasa&Pustaka.

Apa sebenarnya Keranda 152? Ianya merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.

Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi telah tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan munasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Apa yang berlaku pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagi dikhianati oleh para pemimpin yang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967.
Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."
Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.
Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. Peristiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

    Apakah rasional hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia?



Bandingkan piagam Madinah dengan perlembagaan Malaysia

Persamaan
·         berasaskan undang-undang yang untuk kemakmuran sesuatu masyarakat dan negara
·         merupakan satu platform untuk membangunkan Negara ke arah perpaduan. 









Wednesday 26 October 2016

Refleksi Diri-Minggu Ketujuh (25/10/2016)

AHMAD  AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikum,pada kali ini saya dapat belajar banyak mengenai perlembagaan negara tercinta kita.Fungsi perlembagaan adalah bagi menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran.Selain itu,perlembagaan juga berperanan sebagai ajen keharmonian kaum dan sangat memelihara kedaulatan institusi diraja.Tidak dilupa,perlembagaan dapat melindungi hak istimewa orang Melayu dan bumiputera khasnya serta membentuk identiti negara kita.

Antara yang paling terkesan didalam kelas kali ini ialah ustazah mengatakan bahawa dalam sistem demokrasi,sangat penting untuk rakyat itu diilmukan terlebih dahulu.Hal ini kerana,kuasa rakyat terletak di tangan wakil yang dipilih,oleh itu,jika tersalah pilih akan membawa padah pada semua masyarakat.Kita juga perlu mencontohi fokus Rasulullah SAW ketika baginda membuka Kota Mandinah seperti meluruskan akidah penduduk setempat,mempersaudarakan muhajirin dan ansar ,mebaiki akhlak mereka dan mengangkat darjat setiap manusia.

Oleh itu,saya berazam untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT kerana hidup dengan aman di bumi Malaysia ini dan menerapkan cara hidup Rasullulah SAW dalam memmpin setiap anggota masyarakat.

Sekian,wallahualam.
________________________________________________________________________________


MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL


Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah setiap rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab dalam menentukan pemimpin mereka sendiri. Carilah ilmu sebanyak mungkin supaya ilmu itu dapat digunakan untuk mengenalpasti serta memilih calon pemimpin yang benar – benar layak dan mampu melaksanakan tugas yang sepatutnya. Hal ini sangatlah penting kerana jika kita tersalah memilih pemimpin, maka buruk akibatnya kepada masyarakat dan Negara kerana merekalah yang akan mengetuai dalam kalangan kita. 

Maka dengan itu saya berazam untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar ilmu itu dapat digunakan pada masa hadapan di samping membantu dalam memilih pemimpin yang tepat.
_________________________________________________________________________________

SITI RABAAH ZULKARNAIN


PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI

1.       Perlembagaan adalah y paling tinggi tapi boleh digubal, namun prosesnya bukanlah mudah.
2.       Kemerdekaan yang dinikmati hari ini bukanlah suatu perkara yang boleh disia siakan.
3.       Isu hubungan etnik dalam perlembagaan menjaga kedudukan Islam dan Melayu
4.       Nabi y diutuskan kepada kaumnya mempunyai peranan masing2, dan nabi Muhammad saw merupakan  Rahmatal bil alamin

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM,

1.       Menjadi salah satu penyumbang kepada agama, bangsa dan Negara.
2.       Menghargai kemerdekaan yang dapat dirasa sampai ke hari ini, agar sejarah tidak berulang lagi,.


3.       Hakikatnya, segala kemusnahan y terjadi di bumi ini datang dari tangan2 kita sendiri, maka kita haruslah berhati2 dalam membuat sesuatu perkara.                        
________________________________________________________________________________

NURUL HASSANAH HAMZAH

Pada hari ini ustazah telah membuka mata dan hati saya akan kehebatan kaum saya, kaum Melayu. Kepada kaum melayuku, sedarlah bahawa ini lah negara kita, pelajarilah sejarah kita, nescaya kita akan berasa bangga jadi Melayu... Ingatlah kembali peristiwa Malayan Union, tengoklah kehebatan perpaduan kaum kita yang amat bersatu padu dan berani mempertahankan negara tercinta. Bukan itu sahaja malah, hubungan mereka dengan Sultan bagai isi dengan kuku. 

Saya berharap agar kita dapat mengekalkan kehebatan kaum kita yang telah diperjuangkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Ayuhlah kita mempelajari sejarah kaum kita yang sangat hebat ini, agar kita boleh menjadi sehebat mereka malah lebih hebat daripada mereka....
________________________________________________________________________________

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, saya telah mendalami sejarah penubuhan Malaysia dari awal sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan. Kami mendapati begitu besarnya pengorbanan yang dialami orang pejuang bangsa kita dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Bermula daripada Malayan Union sehinggalah tarikh keramat 31 Ogos 1957, begitu banyak nyawa-nyawa yang terkorban dan tersisa dek kerana memperjuangkan negara dan bangsa. Oleh itu, saya berazam untuk tidak memperjudikan masa hadapan negara dan berusaha untuk melindungi negara daripada jajahan luar agar peristiwa hitam negara dijajah suatu ketika dahulu tidak lagi berulang.
________________________________________________________________________________
P
MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-wujudnya satu perlembagaan yang menjaga hak hak orang Melayu. Juga, raja-raja Melayu adalah tertakluk kepada perlembagaan ini kerana perlembagaan inilah yang tertinggi di Malaysia ini.
tetapi, hingga ke saat ini, ketelusan perlembagaan tersebut adalah semakin berkurang dek kekerapan perlembagaan tersebut dipinda ikutan kepada arus masa yang berlalu.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-bertindak mengikut seperti yang ditetapkan. setiap perkara ada peraturannya, prosedurnya. tidak boleh sesuka hati bertindak mengikut hawa nafsu. seperti perlembagaan yang menjaga negara








Tuesday 18 October 2016

Kerja Rumah Mingguan

5 BUKTI MENUNJUKKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DALAM KERAJAAN MELAYU MELAKA


A ) PEMERINTAHAN


Image result for pemerintahan zaman melayu melaka


Perlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan keharmonian antara kaum. 


Image result for hukum kanun melaka

Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka.

Image result for puteri hang lipo

 Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China, puteri Hang Li Po. Ringkasnya, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum. 


B) PERDAGANGAN

Image result for pelabuhan melaka

Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. 

Image result for laksamana zaman melayu melaka

Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.

C) CORAK KEPENDUDUKAN DI MELAKA

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. 

Image result for laksamana zaman melayu melakaImage result for laksamana zaman melayu melaka
Image result for laksamana zaman melayu melaka

Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India. 


D) KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MELAKA

Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang ketat menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap budaya di Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah seperti Portugis, Sepanyol, 

Image result for kebudayaan zaman melayu melaka

Belanda dan British dengan budaya alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi. Pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.

Image result for belanda dan british  zaman melayu melaka  Image result for belanda dan british  zaman melayu melaka


 Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. 

E) SOSIAL

Image result for sistem sosial  zaman melayu melaka


Sistem sosial pada zaman kerajaan melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah terdiri daripada sultan,keluarga diraja,golongan pembesar dan bangsawan serta golongan ulama.Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.Sungguhpun begitu,setiap golongan ini mempunyai peranan masing-masing dalan memastikan keharmonian masyarakat majmuk di Melaka terjamin.
Daripada aspek sosial pula, sultan bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, baginda  menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula,sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan.

Image result for istana melaka sebenar

Refleksi Diri- Minggu Keenam (18/10/2016)

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Pada minggu ini ,saya mendapat pengajaran yang sangat berguna untuk membetulkan kembali diri ini.Pertama sekali berkaitan tujuan saya beragama iaitu mestilah bukan untuk tiket masuk syurga semata-mata.Bahkan,ia sangat berkaitan dengan perjanjian asali kita dia alam roh lagi.Sememangnya  tiada paksaan dalam beragama tetapi untuk membuang rasa was-was,pentingnya ada keyakinan dengan islam.Selepas itu,kenyakinan tersebut perlulah dizahirkan untuk menunjukkan bahawa Islam ini adalh pilihan hidup kita seperti membaca al-Quran,menutup aurat bagi lelaki dan perempuan,menunaikan zakat,dan solat lima waktu sehari semalam.

Kedua,kita juga janganlah selalu ingat bahawa diri kita ini terlalu mulia dengan menunaikan ibadah semata-mata tanpa memmpertimbangkan amalan yang lain.Allah SWT sememangnya memuliakan hamba-Nya tanpa mengira darjat,keturunan ataupun pangkat.Sebaliknya,ibadah yang dilakukan mestilah difahami,untuk mendapat redha-Nya dunia dan akhirat.
Oleh itu saya berazam untuk memmperbaiki solat ,agar tidak tersasar jauh dari redha Allah SWT.

Sekian,walahhualam.
________________________________________________________________________________


NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya belajar pada hari ini ialah:
Sebelum berlakunya penjajahan di tanah Melayu. Wujudnya zaman pluraliti iaitu kemajmukan secara harmoni. Di mana pada zaman ini merupakan zaman kegemilangan orang Islam yang sebenar – benarnya Islam. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pada zaman dahulu mereka faham akan konsep Islam yang sebenar dan akidah mereka terlalu hebat sehinggakan, walaupun tanah Melayu dijajah selama 446 tahun namun tiada satu rekod pun yang menyatakan bahawa ada orang Islam yang murtad. Walaupun pada ketika itu negara mereka sedang dijajah…
Ayuhlah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, carilah ilmu, kajilah sejarah dan sedarlah bahawa Islam bukan sekadar menutup aurat, mengaji al-Quran dan menunaikan solat semata-mata. Malah Islam itu bersifat syumul.  

 “Islam is not a terrorist. 
I’m a Muslim and I’m not a terrorist.”
Wallahualam, sekian.
________________________________________________________________________________


MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa terdapat 5 perkara asas dalam Maqasid Syariah yang terkandung dalam perlembagaan Islam iaitu:

1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)


  Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa memberi keutamaan berdasarkan susunan perkara asas yang terdapat dalam Maqasid Syariah.
________________________________________________________________________________


SITI RABAAH ZULKARNAIN



PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI

1 .  Hikayat Raja Pasai yang diislamkan sendiri oleh Baginda Rasulullah
2 .  Islam memperjati dirikan orang Melayu dan datang sebagai kemuncak pluraliti
3 .  Dasar dualism, sekularsisme dan pecah perintah memberi kesan negative kepada Islam dan Tanah Melayu
4 .  Kepentingan mempelajari ilmu tasawuf untuk mendidik hati

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM,

1 .   Mendalami sejarah orang islam Melayu y sgt hebat bagi pandangan sy.
2 .   Menahan diri daripada terjebak dengan ideology yang bertentangan dengan islam
3 .   memelihara kesinambungan Melayu supaya terus mekar dalam sejarah dengan kehebatannya
4 .   mempelajari ilmu tasawuf.
________________________________________________________________________________

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, ustazah banyak menceritakan mengenai kehebatan alam Melayu di suatu ketika dahulu. Kehebatan alam Melayu tidak boleh dipertikaikan lagi. Hal ini kerana, Melayu dikenali dengan kepahlawan, jati diri dan juga budi yang tinggi. Namum, pada hari ini, kebanyakkan kaum di dunia telah mulai hilang jati diri dan telah membentuk budaya baharu yang bersifat lebih bercirikan perkara negatif berbanding perkara positif. Oleh hal yang demikian, saya berazam untuk berbangga dengan kaum saya sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan identiti saya sebagai orang Melayu.
_________________________________________________________________________________


MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-kehebatan Alam Melayu dahulu kala. dikala itu Islam diperjuangkan dan datangnya kemuncak pluraliti. di zaman ini lah zaman di mana Islam itu adalah yang sebenar-benarnya, bukan sekadar nama sahaja.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-mengambil iktibar daripada kisah di Alam Melayu dan cuba untuk lebih menjiwai Islam. Spirit ini juga akan saya bawa dan sebarkan di kalangan rakan-rakan saya.

Kerja Rumah Mingguan


Setakat mana pengaruh Hindu dan Buddha ke atas masyarakat Melayu awal (sebelum Kesultanan Melayu Melaka)?


Mengikut pandangan Syed Naqiub Al – Attas, pengaruh Hindu dan Buddha tidak sangat mempengaruhi masyarakat Melayu awal secara mutlak. Secara amnya, tidak ada nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat Melayu awal kecuali dalam kalangan golongan bangsawan sahaja. 
      Sebaliknya nama masyarakat tempatan ketika itu banyak berunsurkan alam flora bagi nama wanita seperti Melur, Kenanga, manakala nama bagi lelaki diambil daripada nama hari seperti Sabtu, Jumaat dan sebagainya.
     

 Namun beliau tidak pernah menafikan bahawa terdapat wujudnya pengaruh Hindusme dan Buddhisme ke atas masyarakat Melayu awal.


Antara kesan pengaruh Hindu dan Buddha terhadap masyarakat Melayu awal:

1)            Kebudayaan dan keseniaan

Kebanyakan dilakukan dalam kalangan rakyat biasa / penduduk tempatan. Sebagai contoh, watak dalam wayang kulit menggunakan nama Hindu seperti Ramayana, Sita Dewi, Hanuman dan sebagainya. Selain itu, terdapat adat resam perkahwinan dalam masyarakat tempatan yang menerima pengaruh HIindusme seperti berinai, bersanding dan sebagainya.




                   
2)            Bahasa dan kesusasteraan

Pinjaman daripada Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil untuk digunakan dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, konsep negara atau negeri dipinjam dari perkataan Sanskrit. Contoh lain adalah seperti yang berikut :

Bahasa Sanskrit
Bahasa Melayu
Bahasa Tamil
Agama
Akasa
Bhasa
Bhaya
Cakra
Danda
Gaja
Nagara
Putri
Udara
Agama
Angkasa
Bahasa
Bahaya
Cakera
Denda
Gajah
Negara
Puteri
Udara
Agamam
Akasam
Pasai
Abayam
Cakkaram
Dhandam
Gajam
Nakaram
Puttiri
Udanan



3)            Sistem pemerintahan

Konsep raja dan kerajaan diasaskan berdasarkan sistem kasta iaitu lapisan masyarakat yang memisahkan antara golongan raja, golongan bangsawan dan rakyat jelata telah menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Di sinilah wujudnya sistem ‘feudal’ dalam sistem pemerintahan di masyarakat Melayu awal.



Di samping itu, penggunaan susun lapis perlantikan pegawai kerajaan (istana) di masyarakat Melayu awal seperti orang besar berempat, orang besar berlapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua adalah dipengaruhi daripda astrologi Hindu. Selain itu, istiadat Raja - Raja Melayu sebagai simbol pengukuhan ritual istana.