AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR
Assalamualaikum
Pada hari ini, 10 Oktober 2016,saya telah mempelajari banyak
pengajaran yang memunasabahkan diri .Antaranya ialah berdasarkan Ayat 11 Surah
Al-Hujurat,
Berdasarkan ayat ini, jelas sekali Allah SWT melarang kita
supaya jangan mencemuh diri sendiri dengan mencemuh orang lain.Hal ini
kerana,apabila kita mencemuh orang lain dengan kata-kata kesat,orang yang
dikecemuh itu pula akan membalas kembali atau mencemuh balik kita.Apabila kita
terus-terusan melakukan dosa ini,maka kita tak layak dipanggil orang yang
beriman,tetapi dipanggil orang yang fasik.
Selain itu,saya pula memepelajari pengajaran daripada Ayat 12
pula ,iaitu sebahagian besar yang kita prasangka itu sama dengan dosa kita.Hal
ini kerana,jika kita 'berkalau' mengenai sesuatu perkara yang telah berlaku,ia
akan membuka kepada pintu syaitan untuk menghasut kita melakukan
dosa,Bahkan,kita dianjur supaya tidak tajasus sehingga berlebih-lebihan dan
akhir sekali jangan sesekali mengumpat kerana ia memburukkan lagi keadaan.
Maka,saya berazam untuk tidak lagi berprangsaka yang
buruk-buruk megenai sesuatu perkara yang tidak lagi jelas.Saya juga akan lebih
menitik beratkan menjaga hubungan sesama manusia agar ukhwah yang erat akan
dapat terjalin.
Wallahuaam,sekian.
______________________________________________________________________________
NURUL HASSANAH HAMZAH
Pada hari
ini perkara baru yang saya belajar ialah:
Perkara-
perkara sunat ketika hari Asyura. Antaranya ialah kita disunat kan berpuasa pada 9 & 10 muharram atau 10 & 11 muharram : dengan berniat puasa pada hari Tasu’a iaitu pada 9 atau 11 Muharram iaitu sehari sebelum atau sehari selepas hari Asyura.Tidak lupa juga beristighfar
Saya
berharap agar kita semua (khususnya diri ini) dapat mengamalkan perkara-
perkara sunat yang dinyatakan.
Wallahualam.
Sekian
_______________________________________________________________________________
SITI RABAAH ZULKARNAIN
PADA HARI
INI SAYA TELAH MEMPELAJARI
- Sambungan ayat Al HUJURAT yang mempunyai
maksud yang mendalam bagi mereliasasikan perpaduan ummah yang jitu.
Terdapat beberapa perkara yang ditegah dan disuruh oleh Allah.
Sesungguhnya org y bertaqwa itu y paling mulia.
- Al quran bukanlah utk org islam shj.
- Pengenalan kpd manusia adalah pengenalan
kpd Allah ( kunci taqwa )
- Kita haruslah redha dgn apa y telah
berlaku tanpa mengatakan ‘ kalau aku’.
- Plurality telah wujud sebelum kerajaan
Melayu Melaka ditubuhkan.
MAKA DENGAN
ITU SAYA BERAZAM,
- Sentiasa berprasangka baik, semestinya dia
lagi baik pada kita.
- Al quran sememangnya petunjuk segala
makhluk. Terlalu banyak yang perlu dibelajar dan diamal.
- Hidup mestilah dalam berjemaah. Jangan sesekali pentingkan diri!
MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL
Pada hari ini,
perkara baru yang saya pelajari ialah istilah ‘kalau’ boleh membawa dua pengertian
yang sangat berbeza. Penggunaan istilah ‘kalau’ yang sepatutnya digunakan adalah
untuk perancangan masa hadapan, bukan untuk perkara yang sudah berlaku pada
masa lampau. Apabila digunakan untuk perbandingan masa yang lampau, ianya
seolah mengungkit setiap detik yang telah berlaku, lalu meragui sesuatu yang
telah tercatat dalam qada’ dan qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT. Maka dengan itu saya berazam untuk menggunakan
istilah ‘kalau’ hanya di tempat dan masa yang sepatutnya sahaja.
_________________________________________________________________________________
ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH
Assalamualaikum wrt
Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai penggunaan istilah "kalau". Penggunaan istilah ini sering diungkapkan oleh kita saban hari. Namun, pada hakikatnya istilah ini sebenarnya seolah-oleh menyatakan bahawa kita tidak menerima ketetapan yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Hal ini mampu mengugat iman seseorang kerana percaya kepada qada dan qadar Allah adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, saya berazam untuk belajar untuk bersabar terutamanya ketika diuji dan mengelakkan penggunaan istilah "kalau".
_________________________________________________________________________________
MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-sambungan terjemahan Surah Al-Hujurat. intipati ayat adalah larangan kita mencemuh individu yang lain. banyak buruk daripada baiknya mencemuh orang lain ini.
DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-menjaga percakapan saya. tidak lagi mencemuh orang lain sesuka hati dan lebih menjaga perasaan individu di sekeliling saya.

No comments:
Post a Comment