Sunday 16 October 2016

Refleksi Diri -Minggu Keempat (4/10/2016)

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikum
Pada hari ini, 4 Oktober 2016, saya telah mempelajari banyak pengajaran daripada kelas ustazah. Pertama sekali ialah mengenai syaitan yang tidak takut dengan ibadah kita sebagai manusia seperti menutup aurat, solat lima waktu,membaca al-quran dan sebagainya. Namun begitu, syaitan sebenarnya takut kepada 'ubudiah-nya' kita kepada Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah melakukan ibadah dengan meyerahkan diri kepada Allah SWT semata-mata, bukan untuk mendapatkan pahal sahaja. Selain itu, saya juga mendapat pengajaran daripada ayat 6, Surah Al-Hujurat .Jika kita mahu mendapat petunjuk daripada Allah SWT, kita perlulah kenal Rasulullah SAW terlebih dahulu  dan bersangka baik terhadap baginda. Jika ada berita yang tidak pasti pula daripada sumber yang tidak diketahui, kita perlukan bertenang dahulu. Sebaliknya, bukti dan analisis terhadap berita tersebut perlu dilakukan agar tidak menjadi satu fitnah buat orang-orang yang terlibat.

Wallahualam,Sekian.

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH


Assalamualaikum
Pada 4 Oktober 2016, saya telah mempelajari pelbagai perkara baru daripada kelas ustazah. Antara perkara yang paling utama ialah pengajaran daripada surah Al-Hujarat yang memberi penekanan terhadap penelitian terhadap sesuatu perkara atau berita. Ustazah telah membahaskan betapa perlunya kita untuk meneliti sesuatu perkara itu terlebih dahulu, sebelum ianya disebarkan. Turunnya ayat ini mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dan sesuatu informasi. 

Wallahualam, sekian.

NURUL HASSANAH HAMZAH


Hari ini saya belajar mengenai 
-Pengajaran dari surah Al-Hujurat  ayat 6&7. Namun ingin saya kongsikan ayat 7 dari surah ini
Maksudnya:

7. [14]Dan ketahuilah olehmu bahwa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah[15], kalau dia menuruti kemauan kamu dalam banyak hal[16], pasti kamu akan mendapat kesusahan[17]. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka[18] itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus[19],
Maka saya berazam,untuk mengenali Rasulullauh dan sifat baginda kerana Rasulullah merupakan kunci kepada nur yang menyebabkan hati kita cinta akan keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hati kita dan menyebabkan kita benci akan kekufuran, kefasikan & kemaksiatan 
Ingatlah bahawa

“Rasulullah merupakan kunci untuk kita mendapat petunjuk " Maka marilah kita sama2 kenal Rasul kita iaitu Rasulullah SAW... 

Wallahualam, Sekian 

SITI RABAAH ZULKARNAIN

PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI
1.       Perjanjian iblis yang akan menyesatkan manusia hingga hari kiamat. jangan sesekali membuat mereka bertepuk tangan diatas kelalaian kita.
2.       Allah paparkan segala makhluk sbg pengajaran kpd kita sbg hambaNya dan khalifah dibumi ini.
3.       Kita wajib untuk tidak membagaimanakan Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya.
4.       Mengetahui isitilah2 baru dan prosesnya.
5.       Kita ada 2 pilihan shj, syurga atu neraka.
6.       Kenalilah RASULULLAH , nescaya hidayah itu akan dtg..
Maka dengan itu saya berazam,
Hidup ini terlalu singkat untuk menyakiti dan disakiti.
Pandanglah makhluk lain dengan mulia rohnya itu bukan dengan luarannya.
Kita ada didakwa suatu hari nnt atas apa shj y kita lakukan.
Mendalami  SYAMAIL MUHAMMADIAH

Sekian,wallahualam.


MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah jika terdapat dua pihak berbalahan antara satu sama lain, maka perlulah orang ketiga itu mendamaikan dua orang tersebut. Jika dibiarkan perkara ini tanpa diselesaikan, orang ketiga itu bukanlah dianggap sebagai penyelamat tetapi hakikatnya adalah orang yang amat mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana Islam mengajar kita untuk sentiasa berlaku adil dalam apa jua situasi yang berlaku. Maka dengan itu saya berazam untuk cuba membantu sesiapa yang bertelingkah serta menyelesaikannya secara adil dan saksama.

Wallahahualam, sekian.

MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-terjemahan surah Al-Hujurat ayat 6 & 7. ayat ini mengisahkan tentang keimanan dan kefasikan seseorang anak Adam itu. ayat ini juga ada sebut akan Rasulullah SAW yang ada di tengah tengah kita (ibaratnya)

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK

-mencontohi sifat Rasulullah SAW dan berubah untuk bersifat lebih mahmudah dan meninggalkan yang mazmumah.

No comments:

Post a Comment