Assalamualaikum,pada minggu ini,saya telah mendapat beberapa
pengajaran yang berharga dalam kelas ustazah,untuk dijadikan pedoman
hidup.Antara yang berharga ialah ,mengenai konsep masyarakat itu sendiri dalam
konteks islam.Unit asas bagi manusia yang mewujudkan kehidupan mereka dalam
bermasyarakat adalah roh manusima.Oleh itu,kita haruslah menjadikan roh itu
betul kerana Allah SWT memeberi nikmat
kepada menerusi roh kita sendiri.Selain itu,kepercayaan ,Mindset
,pegangan atau fikiran kita sendiri mestilah betul dan kukuh.Manusia sangat
memerlukan agama dalam mengukuhkan perpaduan.Sekiranya tiada agama,maka semua
yang kita lakukan sama ada dalam kehidupan masyarakat dan diri sendiri akan menjadi
sia-sia.
Oleh iti,saya berazam agar sentiasa membentuk roh saya
sendiri ke arah keabadian kepada Allah SWT semata-mata,agar diri ini sentiasa
melakukan perkara yang di redhai.Bahkan ,saya juga berazam agar
mengutamakan agama,iaitu semua kerja
perlulah dengan niat kerana Allah SWt semata-mata agar tidak menjadi sia-sia.
Sekian,Wallahualam.
NURUL HASSANAH HAMZAH
Ilmu baru
yang saya pelajari pada hari ini ialah:
Terdapatnya perjanjian
di alam roh di antara manusia (tidak kira bangsa dan agama apa sekalipun)
dengan Allah. Hal ini diterangkan di dalam surah Al-A’raf ayat 172 dan
bacalah sekali dengan ayat 173. Yang menyatakan bahawa kelak di hari
akhirat kita tidak akan menyalahkan keturunan kita dan menyatakan bahawa
kita tidak tahu Allah itu Tuhan kita.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Saya
berharap agar kita semua sedar akan hakikat yang sebenar, bahawa Allah itu
Tuhan semesta alam. Kajilah Al- Quran, nescaya engkau akan temui kebenarannya.
SITI RABAAH
ZULKARNAIN
PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI
- Kita perlukan agama dalam sesebuah masyarakat supaya hidup lebih harmoni.
- Ada 2 alam sebelum dunia dan 2 alam selepas dunia.
- Apa2 ilmu yang tak ada connection dengan nabi Muhammad, itu semua palsu.
- Kita bukan bermula dialam dunia, kepercayaan pada Allah sudah dipasak dalam alam roh lagi.
MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM
- Sentiasa memulakan setiap perkerjaan dengan doa dan selawat.
- Melihat manusia pada asal ciptaan rohnya, bukan zahirnya.
- Hakikat BALA SYAHIDNA itu sungguh mendalam
d ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH
Assalamualikum wrt
Pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai surah Al-A'raf ayat 172 dan 173. Secara keseluruhannya, ayat ini mengisahkan tentang alam roh di mana setiap anak-anak Adam bersaksi bahawa Allah SWT itu ialah Tuhan semesta alam. Justeru itu, saya kini sedar bahawa perjanjian ini adalah bersifat universal iaitu meluas dan meliputi sekalian manusia termasuklah diri saya. Oleh itu, saya berjanji akan meletakkan ketaatan setinggi-tingginya dalam usaha untuk mentaati perjanjian yang telah dibuat ini.
nMOHAMAD IZWAN BIN AZMI
MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL
Pada hari ini,
perkara baru yang saya pelajari ialah mentauhidkan diri kepada Allah sememangnya
sudah ada dalam diri. Jadi, dapat disimpulkan bahawa tiada istilah untuk seseorang
menunggu untuk mendapat hidayah, baru mahu menutup aurat, berhijrah dan
sebagainya. Hal ini kerana secara asali kita semua sudah mentauhidkan Allah SWT
sejak alam roh lagi. Maka dengan itu saya
berazam untuk sentiasa istiqomah dalam melaksanakan suruhanNya dan menjauhi
laranganNya.
nMOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-saya belajar perkara baru pada hari ini mengenai alam roh. mengenai perjanjian anak anak Adam akan Allah SWT tuhan semesta alam.
DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK:
-lebih mentauhidkan diri kepada Allah SWT. lebih sedar diri bahawa Allah SWT itu adalah satu dan hanya kepadanya lah kita berserah dan meminta.
-saya belajar perkara baru pada hari ini mengenai alam roh. mengenai perjanjian anak anak Adam akan Allah SWT tuhan semesta alam.
DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK:
-lebih mentauhidkan diri kepada Allah SWT. lebih sedar diri bahawa Allah SWT itu adalah satu dan hanya kepadanya lah kita berserah dan meminta.
No comments:
Post a Comment