A ) PEMERINTAHAN
Perlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan keharmonian antara kaum.
Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka.
Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China, puteri Hang Li Po. Ringkasnya, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.
B) PERDAGANGAN
Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap.
Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.
C) CORAK KEPENDUDUKAN DI MELAKA
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan.
Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.

D) KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MELAKA
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang ketat menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap budaya di Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah seperti Portugis, Sepanyol,
Belanda dan British dengan budaya alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi. Pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh.

E) SOSIAL
Sistem sosial pada zaman kerajaan melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah terdiri daripada sultan,keluarga diraja,golongan pembesar dan bangsawan serta golongan ulama.Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.Sungguhpun begitu,setiap golongan ini mempunyai peranan masing-masing dalan memastikan keharmonian masyarakat majmuk di Melaka terjamin.
Daripada aspek sosial pula, sultan bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, baginda menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula,sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment