Wednesday, 12 October 2016

Kerja Rumah Mingguan

Asslamualaikum, pada minggu ini kami ditugaskan untuk mengkaji beberapa jenis budaya dalam masyarakat Malaysia. Disini, kami senaraikan  5 entik di Malaysia iaitu Iban, Jawi Peranakan, Jawa, Sikhi dan Minangkabau. Semoga bermanfaat.


IBAN



Etnik yang pertama ini terkenal di Sabah dan Sarawak. Terdapat beberapa keunikan pada budaya mereka yang terdiri daripada:

Budaya material

A )  Makanan Tradisi Kaum Iban

HINAVA
Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.

Image result for hinava




AYAM PANSUH
Ayam Pasuh  . Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo!

Image result for ayam pansuh

CAKAR AYAM
Cakar ayam.Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai
Image result for makanan cakar ayam

MIDIN BELACAN
Midin  belacan  makanan  tradisional  orang  iban 
Image result for midin belacan
PEKASAM ENSABI
Jeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemar

Image result for pekasam ensabi
B)   Pakaian tradisional masyarakat Iban

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Image result for pakaian tradisional orang iban
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.


Budaya non-material

A)  Majlis perkahwinan / Melah Pinang



Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak perempuan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.


Image result for perkahwinan orang iban
Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin.

Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya ditetapkan oleh masyarakat di situ. Pihak pengantin perempuan akan minta bayara “pemecah tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain.

Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan. Upacara ini adalah untuk menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini. Buah pinang itu dibelah dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun tamat. Jika ada sebarang kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela dipegang supaya kesalahan mereka akan hilang.


B)     Adat mengurus kematian

Semasa upacara kematian ini, sanak-saudara akan datang berkunjung untuk tanda hormat. Mayat si mati akan dimandikan  dan turut dipakaikan pakian yang baik dan diletakkan di tengah-tengah Rumah Panjang iaitu di ruai. Barang-barang si mati akan dibungkus kerana kepercayaan mereka untuk bekalan di dunia selepas mati atau “dunya sebaya”. Di atasnya akan tergantung kain pua kumbu. Sepanjang malam dan siang, ada orang yang akan ditugaskan untuk menangisi si mati selain dari keluarga si mati. Tangisan itu adalah untuk mendoakan dan berharap dapat menghantar dan bawa si mati ke dunya sebayan.
Image result for adat kematian orang iban

Upacara pengebumian dijalankan waktu subuh jam 4 pagi. Lubang digali, dibuatkan rumah dan barang-barang si mati ditanam bersama. Setelah itu, mereka akan berkabung atau “ngulit” dalam beberapa tempoh masa. Pantang larang seisi rumah untuk tidak buat bising, dilarang berhias dan memakai barang kemas. Pinggan yang dibalut dengan kain hitam digantungkan di hadapan rumah tanda ada berlaku kesusahan dan kesedihan. Upacara “berserara bungai” dijalankan untuk mengelakkan roh si mati mengganggu mereka. setelah upacara berkabung tamat, mereka akan mengadakan upacara “gawai antu” untuk meraikan si mati. 


C)  Perayaan

Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain


Image result for perayaan  orang iban
Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut

Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.


JAWI PERANAKAN


Sejarah Jawi Peranakan

Jawi Peranakan merujuk masyarakat campuran kerana ia memaparkan ciri-ciri kemelayuan yang tebal walaupun masih mengamalkan dan mengekalkan beberapa ciri asal. Jawi Peranakan misalnya mengamalkan budaya dan adat Melayu yang diselang-selikan dengan adat dan budaya asal iaitu India. Komuniti Jawi Peranakan dianggap sebagai sebahagian daripada masyarakat Melayu bukan dari etniknya tetapi dari keturunannya. Mereka mempunyai darah campuran dengan orang Melayu jati hasil daripada perkahwinan campur. Komuniti Jawi Peranakan datang ke Tanah Melayu kerana faktor perdagangan. Kemunculan masyarakat ini boleh disifatkan mempunyai kaitan lansung dengan kehadiran orang India Muslim ke Tanah Melayu. Kewujudan masyarakat kacukan India dan Melayu ini jelas terdapat di Melaka seperti Mani Purindam, Seri Nara Diraja Tun Ali, Bendahar Tun Mutahir dan sebagainya.

Image result for jawi peranakan


Selain Jawi Peranakan, istilah lain yang digunakan ialah Jawi Pekan. Istilah Jawi Pekan merujuk kepada penglibatan mereka dalam bidang perniagaan dan perdagangan di bandar. Istilah Jawi Pekan ini pula pada asalnya digunakan oleh pedagang Arab untuk merujuk orang Melayu dari Alam Melayu. Secara lebih khusus, penggunaan perkataan Jawi sebenarnya mempunyai perkaitan secara lansung dengan Jawa. Ini kerana perkataan al-jawah yang digunakan oleh orang Arab itu merujuk kepada orang yang berasal dari Jawa sahaja. Dalam masa yang sama, Selain Jawi Pekan, masyarakat Jawi Peranakan ini juga turut dikenali sebagai Melayu Bazar, Jawi Bukan, Jawi Pukan dan Jawi Peranakan Keling. Berdasarkan laporan-laporan rasmi dan rekod-rekod British pula, sebelum tahun 1871, istilah yang digunakan ialah Jawi Peranakan sebagaimana yang tercatat dalam Laporan Tahunan Banci Penduduk Negeri-negeri Selat.

Image result for jawi pekan


Perkataan Peranakan pula menjurus kepada keturunan yang mempunyai darah campuran hingga gabungan antara kedua-dua perkataan bolehlah dinyatakan sebagai satu kelompok masyarakat yang mempunyai darah keturunan India dan Melayu dan lahir di wilayah kepulauan Melayu serta beragama Islam. J.Crawfurd meletakkan komuniti ini dalam keturunan Melayu, kelahiran tempatan dan berdarah campuran. Secara keseluruhannya, Jawi Peranakan adalah hasil perkahwinan campur di antara lelaki India Muslim dengan wanita Melayu dan ia telah menghasilkan satu generasi baru. Dari segi fizikalnya, generasi ini dikatakan mempunyai paras yang lebih cantik dan juga lebih cerdas dari segi pelajara. Golongan gadis pula lebih dikenali sebagai 'anak mami'.

Image result for anak mami jawi peranakan

Budaya material

A)    Seni bina

Image result for rumah jawi peranakan
Masyarakat jawi peranakan bukan sahaja mempunyai keunikan dalam amalan budaya, tetapi juga turut terpapar dalam kesenian termasuklah seni bina. Berbanding dengan rumah orang melayu di pulau pinang yang berasaskan kayu dan atap, rumah masyarakat jawi peranakan di pulau pinang diperbuat daripada batu berdasarkan konsep anglo-melayu hingga ia terus kekal hingga ke hari ini.

B)   Pakaian
Image result for baju jawi peranakan

Budaya anglo-melayu ini amat ketara dalam hal-hal berpakaian . Pemakaian  baju melayu, kebaya, penggunaan kot, tali leher dan bow-tie merupakan pakian yang lazim dipakai oleh masyarakat jawi peranakan bagi mengantikan pakaian india yang digunakan oleh nenek moyang mereka sebelum ini

Budaya non – material

A)   Perkahwinan

Hal adat istiadat perkahwinan, terdapat banyak adat resam India yang diamalkan seperti adat memakai 'tali' yang diperbuat daripada emas yang menyerupai biji gandum bagi kaum wanita. Adat istiadat ini secara lansung memperlihatkan ikatan antara masyarakat Jawi Peranakan dengan tradisi India.
                                      
Masyarakat Jawi Peranakan juga akan berkahwin dengan orang Jawi Peranakan. Ini diakui sendiri oleh keluarga Merican. Pada Kebiasaanya, anggota keluarga Merican akan berkahwin dengan golongan Jawi Peranakan. Dalam menyentuh hal ini, Azmi Iskandar Merican menyatakan :

"kebiasaannya, kaum keluarga Merican hanya akan berkahwin dengan orang Jawi Peranakan. Mereka menganggap orang Melayu yang bukan daripada golongan Jawi Peranakan tidak menarik atau tidak memenuhi cita rasa. Orang Melayu selalunya digambarkan dengan gambaran yang negatif kerana mereka tidak berpendidikan tinggi, hidung tidak mancung, dan mempunyai bibir yang tebal. Pada pandangan mereka orang Jawi Peranakan dianggap mempunyai 'rupa paras yang menarik' yakni hidung yang mancung".





 JAWA


Masyarakat Malaysia pasti mengenali etnik Jawa dengan bahasanya yang unik seperti baraan, waras dan lain lain.

Budaya material

A) Makanan 

Nasi Ambeng
Nasi Ambeng merupakan salah satu warisan kesenian makanan bagi masyarakat Malaysia keturunan jawa. Biasa dihidangkan untuk menjamu jemputan di dalam kenduri kesyukuran, arwah atau marhaban. Menu Nasi Ambeng mengandungi nasi putih dengan lauk ayam masak kicap, paru goreng, ikan goreng, tempe goreng , sambal goreng, serunding dan rempeyek. Biasanya dimakan 4 atau 5 orang bersama di dalam satu dulang. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil). Lebihan Nasi Ambeng akan dibawa balik sebagai bekal untuk keluarga di rumah.
Image result for nasi ambeng



 Pecal.
Pecal adalah makanan yang paling popular berbanding nasi ambeng. Antara isi pecal ialah seperti sayur kangkung rebus, kacang panjang rebus dipotong-potong kecil, taugeh, sambal pecal (spt sambal kacang). Boleh juga letak sengkuang dicincang halus, dan mee kuning.      Sesetengah tempat, barangkali orang jawa Johor tidak menggunakan mee kuning hanya sayuran sahaja.
Image result for pecal

Sambal Goreng Jawa
Satu masakan yang sangat popular masakini, sering dihidangkan di majlis perkahwinan orang-orang jawa di Malaysia iaitu sambal goreng. Sebenarnya nak kata sambal bukan juga, kerana isinya lebih kepada sayuran kubis, soohon, ikan bilis, tauhu dan tempe yang ditumis dengan kicap. Pemodenan dan mengikut selera telah banyak mengubah bahan asal sambalm goring ini. Ada yang menambah petai, perut ayam dan usus atau perut (babat) lembu.
Image result for sambal goreng jawa
Satu masakan yang sangat popular masakini, sering dihidangkan di majlis perkahwinan orang-orang jawa di Malaysia iaitu sambal goreng. Sebenarnya nak kata sambal bukan juga, kerana isinya lebih kepada sayuran kubis, soohon, ikan bilis, tauhu dan tempe yang ditumis dengan kicap. Pemodenan dan mengikut selera telah banyak mengubah bahan asal sambalm goring ini. Ada yang menambah petai, perut ayam dan usus atau perut (babat) lembu.

B) Pakaian tradisional.

 Baju Kebaya.

Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Image result for kebaya orang  jawa malaysia

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.


Songkok.

Image result for songkok jawa
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.


Budaya non-material

A) Jagongan

Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”.
Image result for jagongan orang jawa
Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki,  mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.
Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa,  si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya  manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.

B) Baraan/ Ziarah Beramai – ramai

Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan  kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi  secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado .
Image result for baraan orang  jawa

C) Kompang Bengkalis Riau

Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai medium penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa, MuarJohorMalaysia. Ia telah berkembang sejak tahun 40-an lalu di bumi BengkalisRiauIndonesia apabila seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situlah permainan alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif.

Image result for kompang bengkalis hulu
SIKH


Sikhisme atau lebih dikenali sebagai agama sikh adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan Sembilan orang guru lain di Punjab, India pada abad ke- 15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia iaitu dengan lebih daripada 23 juta penganut. Sikhisme berasal daripada perkataan sikh yang dating daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit, yang bermakna ‘murid’ atau ‘pelajar’ atau śikṣa yang bermaksud ‘arahan’. 


Budaya material

A)    Pakaian
Pakaian bagi masyarakat Sikh ialah serban bagi kaum lelaki dan Punjab bagi kaum wanita. Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna. Kain serban yang sangat panjang diperlukan dalam mengikat serban kerana perlu melingkari seluruh kepala. Jadi, amat sukar bagi mereka yang tidak mahir menggunakannya.
Image result for pakaian orang sikhImage result for pakaian orang sikh
Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang di kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan lagi kecantikan wanita Sikh yang terkenal dengan hidungnya yang mancung. Pakaian Punjabi juga digunakan khas untuk majlis perkahwinan tetapi dengan corak yang lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas. Itulah antara kelebihan orang Punjabi kerana kemahiran unik mereka yang terkenal dalam aktiviti menyulam kain dan sulaman mereka yang berkualiti tinggi.

Budaya non-material

B)  Perkahwinan
Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semulajadi sifatnya. Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada system monogamy iaitu tidak berkahwin lebih dari seorang isteri
Image result for pakaian orang sikh

Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh berlaku di mahkamah sivil. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogamy dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing- masing. 
Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri(hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu menyediakan set bilik tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin. 
Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan. Tiada istilah ‘perigi mencari timba’ kerana adat dalam masyarakat Sikh adalah perempuan yang meminang lelaki.

C)  Kesenian dan Tarian 

Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut menggemari aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla).
Image result for tarian orang sikh
Waja (piano kecil) dan tabla adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Pujabi berirama rancak dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan kagunya yang turut mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan.
Lazimnya apabila kita melihat tarian dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya itulah ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh iaitu Goldkartz.
Bhangra membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang dengan menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu yang memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang sangat pantah dan lincah.
Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika majlis perkahwinan, begitu juga masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai tarian bebas yang boleh disertai sesiapa sahaja apatah lagi tarian itu sendiri tidak mengehadkan pergerakan dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut alunan dhol iaitu gendang atau rebana.


D) Kelahiran Bayi

Amalan biasa bagi menyambut kelahiran bayi ialah dengan memberi hadiah. Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di dalam muka surat tersebut. 

Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakal Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’. Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Image result for bayi orang sikh


MINANGKABAU



Sejarah

Abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka kemudian ke Rembau. Minangkabau merupakan gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu. Bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau
.Image result for sejarah  minangkabau
Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kampung halaman.

Budaya material
A)  Pakaian

Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju kurung teluk belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera.

Image result for pakaian tradisional minangkabauImage result for pakaian tradisional lelaki minangkabau

B) Makanan

Masyarakat Minangkabau juga menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa. Antara makanan terkenal bagi masyarakat ini adalah rendang dan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah. Empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hukum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisan tipis daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering.

Image result for rendang minangkabauImage result for dendeng balado


Budaya non material

A) Tarian

Di samping itu, terdapat juga tarian piring dan randai sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat. Tarian ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukur masyarakat Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan mengayunkan gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka. Kebiasaannya, di Negeri Sembilan, tarian piring dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyambut perayaan tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Cerita-cerita yang dikisahkan ini disampaikan melalui nyanyian dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat. Pada zaman dahulu, randai dipersembahkan oleh kaum lelaki. Namun selepas tahun 1960-an, perempuan juga telah menyertai persembahan ini.
Image result for tarian minangkabau
C)  Perkahwinan

Majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak berasal daripada suku yang sama kecuali persukuan itu berasal dari negeri yang lain, saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang, jalang menjalang, dan sebagainya.



Image result for baralek gadang




No comments:

Post a Comment