Sunday 16 October 2016

Refleksi Diri- Minggu Ketiga (27/9/2016)

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikum,
Pada hari ini,saya telah mempelajarai banyak pengajaran daripada Surah Al-Hijr ayat 35-39.Antaranya ialah manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT selain daripada jin mahupun syaitan.Ini terbukti apabila Nabi Adam A.S yang walaupun dimurkai-Nya sehingga dibuang dari syurga,baginda tidak berdendam bahkan memohon keampunan berterusan kepada-Nya.Selain itu,saya juga dapat mengetahui apakah  perjuangan sebenar manusia dibumi ini iaitu agar manusia tidak berhelah menyalahkan keturunan mereka.Selain itu,saya juga mempelajari struktur masyarakat yang terdiri daripada pelbagai perkara seperti darjat,warna kulit,jantina,budaya dan lan-lain.Perbezaan yang dikesan ini melahirkan impak positif seperti  akomodasi,akulturasi dan asimilasi.Tidak kurang juga impak negative seperti prejudis,stereotaip dan diskriminasi.
Maka dengan iti,saya berazam akan memanfaatkan sebaik mungkin pengajaran yang didapati agar tidak mengingkari suruhan Allah SWT dan cuba menjadi sebaik-baik ciptaan-Nya.
Wallahualam,sekian.

NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya belajar pada hari ini ialah:
  • Cara pandangan yang betul pada diri yang membuat dosa ialah jangan berputus asa dan cepat2 lah beristighfar dan bertaubat
  • Sekiranya kita membuka aib sendiri dekat orang lain sama lah seperti kita tidak beradap dengan Allah. Hal ini kerana, salah satu nama Allah ialah Maha menutup aib.
Saya berharap agar kita semua dapat menjadi agen kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bukanlah agen kepada Syaitan. Maka setiap kali melakukan dosa bertaubatlah. Sesungguhnya
“Taubat tidak menunggu ajalmu”
Wallahualam. Sekian


SITI RABAAH ZULKARNAIN

PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI


  •  Perjanjian iblis yang akan menyesatkan manusia hingga hari kiamat. jangan sesekali membuat mereka bertepuk tangan diatas kelalaian kita.
  •  Allah paparkan segala makhluk sbg pengajaran kpd kita sbg hambaNya dan khalifah dibumi ini.
  •  Kita wajib untuk tidak membagaimanakan Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya.

    Maka dengan itu saya berazam,


  •  Hidup ini terlalu singkat untuk menyakiti dan disakiti.
  •  Pandanglah makhluk lain dengan mulia rohnya itu bukan dengan luarannya.

MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa manusia adalah sama di mata Allah SWT kecuali orang yang bertaqwa kepadaNya. Hal ini menunjukkan tiada istilah sesuatu kaum itu lebih mulia daripada yang lain meskipun berbeza daripada pelbagai aspek termasuklah bahasa dan agama . Maka dengan itu saya berazam untuk tidak memandang serong terhadap seseorang hanya kerana mereka berbeza daripada segi fizikal tetapi secara hakikatnya tetap sama secara rohnya.
  
ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, saya telah mempelajari lebih mendalam mengenai struktur masyarakat. Ustazah juga turut menjelaskan beberapa terma yang baru kepada saya seperti sterotiap, diskriminasi, prejudis dan banyak lagi. Ustazah turut berpesan kepada saya dan rakan-rakan untuk menjauhi unsur-unsur negatif ini kerana ianya mampu menggugat keharmonian kaum di Malaysia. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak memandang kaum-kaum lain dengan pandangan negatif sebaliknya berubah dengan memandang mereka sebagai bangsa Malaysia sama seperti saya. 


MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-perjanjian iblis yang menyesatkan manusia. intipatinya mengajar kita untuk sentiasa peka dalam kehidupan dan tidak sesat di dunia yang fana.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-tidak lalai juga alpa di dunia ini. sentiasa tahu bahawa Allah SWT itu ada memerhatikan dan juga ada ketika diperlukan.


No comments:

Post a Comment