Tuesday 18 October 2016

Refleksi Diri- Minggu Keenam (18/10/2016)

AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Pada minggu ini ,saya mendapat pengajaran yang sangat berguna untuk membetulkan kembali diri ini.Pertama sekali berkaitan tujuan saya beragama iaitu mestilah bukan untuk tiket masuk syurga semata-mata.Bahkan,ia sangat berkaitan dengan perjanjian asali kita dia alam roh lagi.Sememangnya  tiada paksaan dalam beragama tetapi untuk membuang rasa was-was,pentingnya ada keyakinan dengan islam.Selepas itu,kenyakinan tersebut perlulah dizahirkan untuk menunjukkan bahawa Islam ini adalh pilihan hidup kita seperti membaca al-Quran,menutup aurat bagi lelaki dan perempuan,menunaikan zakat,dan solat lima waktu sehari semalam.

Kedua,kita juga janganlah selalu ingat bahawa diri kita ini terlalu mulia dengan menunaikan ibadah semata-mata tanpa memmpertimbangkan amalan yang lain.Allah SWT sememangnya memuliakan hamba-Nya tanpa mengira darjat,keturunan ataupun pangkat.Sebaliknya,ibadah yang dilakukan mestilah difahami,untuk mendapat redha-Nya dunia dan akhirat.
Oleh itu saya berazam untuk memmperbaiki solat ,agar tidak tersasar jauh dari redha Allah SWT.

Sekian,walahhualam.
________________________________________________________________________________


NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya belajar pada hari ini ialah:
Sebelum berlakunya penjajahan di tanah Melayu. Wujudnya zaman pluraliti iaitu kemajmukan secara harmoni. Di mana pada zaman ini merupakan zaman kegemilangan orang Islam yang sebenar – benarnya Islam. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pada zaman dahulu mereka faham akan konsep Islam yang sebenar dan akidah mereka terlalu hebat sehinggakan, walaupun tanah Melayu dijajah selama 446 tahun namun tiada satu rekod pun yang menyatakan bahawa ada orang Islam yang murtad. Walaupun pada ketika itu negara mereka sedang dijajah…
Ayuhlah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, carilah ilmu, kajilah sejarah dan sedarlah bahawa Islam bukan sekadar menutup aurat, mengaji al-Quran dan menunaikan solat semata-mata. Malah Islam itu bersifat syumul.  

 “Islam is not a terrorist. 
I’m a Muslim and I’m not a terrorist.”
Wallahualam, sekian.
________________________________________________________________________________


MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL

Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa terdapat 5 perkara asas dalam Maqasid Syariah yang terkandung dalam perlembagaan Islam iaitu:

1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)


  Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa memberi keutamaan berdasarkan susunan perkara asas yang terdapat dalam Maqasid Syariah.
________________________________________________________________________________


SITI RABAAH ZULKARNAIN



PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI

1 .  Hikayat Raja Pasai yang diislamkan sendiri oleh Baginda Rasulullah
2 .  Islam memperjati dirikan orang Melayu dan datang sebagai kemuncak pluraliti
3 .  Dasar dualism, sekularsisme dan pecah perintah memberi kesan negative kepada Islam dan Tanah Melayu
4 .  Kepentingan mempelajari ilmu tasawuf untuk mendidik hati

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM,

1 .   Mendalami sejarah orang islam Melayu y sgt hebat bagi pandangan sy.
2 .   Menahan diri daripada terjebak dengan ideology yang bertentangan dengan islam
3 .   memelihara kesinambungan Melayu supaya terus mekar dalam sejarah dengan kehebatannya
4 .   mempelajari ilmu tasawuf.
________________________________________________________________________________

ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Pada hari ini, ustazah banyak menceritakan mengenai kehebatan alam Melayu di suatu ketika dahulu. Kehebatan alam Melayu tidak boleh dipertikaikan lagi. Hal ini kerana, Melayu dikenali dengan kepahlawan, jati diri dan juga budi yang tinggi. Namum, pada hari ini, kebanyakkan kaum di dunia telah mulai hilang jati diri dan telah membentuk budaya baharu yang bersifat lebih bercirikan perkara negatif berbanding perkara positif. Oleh hal yang demikian, saya berazam untuk berbangga dengan kaum saya sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan identiti saya sebagai orang Melayu.
_________________________________________________________________________________


MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-kehebatan Alam Melayu dahulu kala. dikala itu Islam diperjuangkan dan datangnya kemuncak pluraliti. di zaman ini lah zaman di mana Islam itu adalah yang sebenar-benarnya, bukan sekadar nama sahaja.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-mengambil iktibar daripada kisah di Alam Melayu dan cuba untuk lebih menjiwai Islam. Spirit ini juga akan saya bawa dan sebarkan di kalangan rakan-rakan saya.

No comments:

Post a Comment