Wednesday, 5 October 2016

Refleksi Diri - Minggu Pertama (6/9/2016)


AHMAD AFIQ BIN AHMAD MOKHTAR

Assalamualaikum,pada minggu pertama ini saya ada mendapat  pengajaran daripada kelas ustazah walaupun selama satu jam.Antaranya ialah adab ketika menutut imu .Kita perlulah menghormati guru yang mengajar  selagi apa yang disampaikan itu tidak bertentangan dengan suruhan Allah SWT.Hal ini kerana,guru adalah insan yang bertanggungjawab menurunkan apa-apa ilmu dan jika dia terasa hati,ada kemungkinan ilmu yang diperoleh itu tidak diredhai.Selain itu,saya juga mendapat  pengajaran mengenai semangat bekerjasama dalah sangat diperlukan apabila melakukan tugasan berpasukan.Apabila kita semua mencapai kata sepakat,maka kerja banyak akan dapat diringankan bebannya.

Oleh itu,saya sangat berharap agar sentiasa memperbaiki diri ini dalam menghormati guru yang menurunkan ilmu terhadap saya.Akhir sekali,saya juga berazam agar sentiasa memahami antara ahli kumpulan satu sama lain agar kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan lancar.

Sekian,wallahualam.


·         NURUL HASSANAH HAMZAH

Perkara baru yang saya belajar hari ini ialah:
  Ø  Untuk membentuk satu negara yang aman dan bahagia. Semua warga negara tersebut perlulah mempunyai agama. Hal ini kerana, semua agama yang ada di dunia ini mengajar umatnya akan kebaikan, dan dengan adanya agama kita semua percaya bahawa Tuhan itu wujud.
  Ø  Manusia perlu hidup bermasyarakat disebabkan oleh fitrah kejadian manusia yang suka bergantung antara satu sama lain, dan tidak boleh hidup seorang diri.
  Ø 5 alam yang akan kita tempuhi:
ü  1- Alam roh
ü  2- Alam rahim
ü  3- Alam dunia
ü  4- Alam akhirat
ü  5- Alam kubur
Saya berharap agar kita semua, khususnya rakyat Malaysia mempunyai agama. Dengan adanya agama Insya ALLAH, kita dapat hidup dengan aman dan makmur.
Wallahualam. Sekian..


SITI RABAAH ZULKARNAIN

PADA HARI INI SAYA TELAH MEMPELAJARI
1  .       Silibus CTU 555 Sejarah Malaysia yang akan dipelajari sem ini.
2  .       Beberapa syarat yang harus dipatuhi didalam kelas antaranya jangan buat bising.
3  .       Tugasan2 yang harus dilaksanakan sepanjang semester.
                                      
MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM
1 .       Saya akan belajar bersungguh- sungguh demi kemaslahatan ummah.
2 .       Menghormati guru yang mengajar ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.


ABDUL FARIS BIN HAIRUL BADARUL SHAH

Assalamualaikum wrt.
Pada minggu pertama kelas CTU555, saya telah mempelajari banyak perkara terutama mengenai adab dengan guru. Ustazah telah berpesan agar kita saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Selain itu juga, Ustazah juga turut menjelaskan serba sedikit mengenai subjek ini kepada saya dan rakan-rakan. Saya dan rakan-rakan diingatkan agar bersikap terbuka sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran dalam subjek ini kerana ianya akan menyentuh mengenai banyak perkara seperti politik, alam melayu dan juga lain-lain.
Oleh itu, saya berazam agar dapat memberikan yang terbaik untuk subjek ini dan pada masa yang sama mentaati segala arahan yang diberikan.

MUHAMMAD AKMAL BIN YEOP KAMAL


Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa semua yang berlaku dan akan berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Meskipun apa yang berlaku tidak seperti yang kita rancang, ketahuilah sesungguhnya Allah ialah perancang yang terbaik. Segala yang terjadi membuatkan kita sedar betapa kerdilnya kita di mata Allah SWT. Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa redha serta bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

MOHAMAD IZWAN BIN AZMI
APA YANG TELAH SAYA PELAJARI PADA HARI INI:
-saya belajar perkara baru pada hari ini di mana, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilakukan dengan cara sharing session. Di mana, ustazah tidak semata mengajar ikut topik by topik dalam buku, tapi adalah lebih kepada sesi berkongsi ilmu.

DENGAN INI SAYA BERAZAM UNTUK
-cuba menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang baru yang mungkin lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment